KONSEP E-DAGANG
Oleh: Muhammad Hafiz Bin Mustafar
1.0 Pengenalan
Dalam
meniti arus perdana globalisasi hari ini, pelbagai urusan sama ada di dalam
perkhidmatan awam, swasta mahupun perbankan perniagaan hanyalah melalui
jaringan internet. Internet menjadi salah satu medium terpenting abad ini dalam
segala urusan kehidupan. Di dalam bidang perniagaan khususnya, setelah
kewujudan internet telah berlaku satu lonjakan paradigma yang mana segala
urusan jual beli barangan dan perkhidmatan hanyalah melalui sistem perniagaan
atas talian yang lebih dikenali lagi dengan sistem e-dagang. E-dagang boleh
didefinisikan sebagai satu bentuk pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang
berlaku antara pihak penjual dan pembeli yang mana memberi kesan kepada sudut
ekonomi. Dalam pada itu, e-dagang juga boleh didenifisikan sebagai
mengeksploitasi teknologi dan aplikasi bagi menghubungkan sistem perniagaan
yang kritikal terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Internet,
dan sesawang WWW (World Wide Web). Segala urusan yang dijalankan berkonsepkan
e-dagang tidak mengira lokasi, saiz dan jenis perniagaan. Walau bagaimanapun.
Syarat menjalankan urusan e-dagang juga tetap ada yang mana memerlukan
pengemaskinian maklumat mutakhir dan terkini dalam proses pentadbiran dan
perniagaan. Selain itu, e-dagang juga memberi kesan kepada pengeluaran,
pengedaran dan lain sektor yang berlandaskan elektronik (Kent W.Colton &
Kenneth L. Kraemer, 1980). Sebenarnya transaksi yang dijalankan secara atas
talian ini banyak membuka peluang kepada para peniaga dan pelanggan dalam menjalankan
perniagaan serta mendapatkan produk serta perkhidmatan yang mereka inginkan
lebih efektif dengan kadar segera. Sistem ini juga dapat dilihat sebagai salah
satu alternatif jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dialami oleh
firma-firma perniagaan satu ketika dahulu yang mana paling ketara adalah
masalah mempromosikan dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
2.0 Sejarah
dan evolusi e-Dagang
Beraneka
tafsiran diberikan masyarakat berkaitan istilah E-dagang mengikut kefahaman dan
pengetahuan masing-masing. E-dagang ini bermula di awal tahun 1970 an yang mana
pada masa itu penggunaan aplikasi masih terbatas mengikut perusahaan kecil
sahaja. Terlalu banyak persoalan berkaitan e-dagang diajukan kepada pihak
berkaitan, namun masih belum memahami. Mengikut Chaffey et.al, (2000)
mengatakan bahawa e-Dagang merupakan satu proses jual beli menerusi internet
yang lebih dikenali sebagai World Wide Web (WWW). Walau demikian, masih terdapat
pengertian berbeza mengenai sejarah e-dagang ini. Menurut pandangan Kalakota
dan Whinston (1997), dalam buku M. Suyanto, (2003) menjelaskan e-dagang adalah
satu perspektif komunikasi, perspektif perkhidmatan atau servis dan juga proses
perniagaan atas talian yang dipanggil online. Dapat dilihat pelbagai
pandangan dan takrifan mengenai sejarah e-dagang dalam dunia global masa ini. Mengikut
sejarah, pada tahun 1997, e-dagang dibangunkan oleh Syarikat International
Business Machines (IBM) yang menjadikan penggunaan e-dagang popular sehingga
masa kini (Chaffey, 2007).
E-dagang
ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui penggunaan medium
teknologi maklumat (IT). Hal ini menerangkan bahawa penggunaan IT dalam
perniagaan hari ini berupaya membezakannya dengan perniagaan secara
tradisional. Ia juga menjadi sebuah platform ruang perniagaan yang luas bagi
mempercepakan dan memudahkan proses kitaran perniagaan khususnya melibatkan
urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna mahupun urusan
jual beli. Secara terperinci e-dagang meliputi pelbagai jenis perniagaan,
daripada pengguna laman berasaskan runcit, melalui laman web lelongan atau
muzik, barang-barang perniagaan perdagangan bursa dan perkhidmatan antara
syarikat.
Pada masa ini, e-dagang menjadi
aliran utama bagi pelancaran sesuatu perniagaan untuk urusan jual beli dan
perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynold, 2004). E-dagangan bukan
sahaja kaedah pengedaran barang atau perkhidmatan menerusi elektronik, tetapi
juga sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang mana bukan hanya
untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, tetapi juga untuk proses pembelian
sesuatu barangan yang ditawarkan pelbagai organisasi. Menurut Hanson, (2000)
perniagaan dan transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan dalam internet
melonjak tinggi akibat peningkatan penggunaan internet masa kini. E-dagang
sememangnya banyak menonjolkan aktiviti seperti pertukaran dengan perniagaan
yang lain khususnya digunakan sesebuah syarikat dalam menyokong urusan
pembelian, penjualan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan laman sesawang.
Dalam
pada itu, terdapat pelbagai maksud dan istilah berkaitan konsep ini. Sebagai
contohnya e-dagang atau e-perniagaan yang kedua-duanya merangkumi maksud
transaksi elektronik yang sama seperti Perniagaan kepada Perniagaan (B2B), Perniagaan
kepada Pengguna (B2C), Pengguna kepada Penggunan (C2C), mobile commerce(m-c)
dan lain-lain lagi. Terlalu banyak pentafsiran berkaitan e-dagang dan
e-perniagaan ini, dan sekiranya dilihat iamya adalah sama dan membezakannya
hanyalah istilah sahaja. Konsep berkaitan e-dagang ini bergantung kepada pandangan
seseorang itu. Walaubagaimanapun, ia meliputi segala aspek urusan perdagangan
dan kewangan yang bukan hanya bergantung kepada urusan jual beli semata-mata.
Ia juga sebagai peranan bagi meluaskan hubungan perdagangan ke seantero dunia
menerusi penggunaan teknologi masa kini yang tidak terbatas. Tambahan lagi,
skop e-dagang ini meliputi pelbagai pihak antaranya penjual, pelanggan,
pembeli, orang awam dan juga organisasi. Perlu dikethaui juga, perkembangan
e-dagang ini bermula daripada internet. Hal ini membuktikan penggunaan internet
merevolusikan aktiviti perdagangan menjadi aktiviti terpenting dalam
mengutamakan perkembangan ekonomi yang pesat dan maju. Kewujudan e-dagang juga
berupaya melicinkan perjalanan aktiviti perniagaan dan transaksi kewangan tidak
mengira had dan sempadan. Segala perhubungan dan penyebaran informasi
perdagangan mencorakkan titik penting dalam pengusaha mengembangkan dan
memperluaskan penggunaan e-dagang secara global.
3.0 Kepentingan
e-dagang dalam perniagaan
Sememangnya
penggunaan konsep e-dagang masa kini amat penting dalam urusan perniagaan.
Pelbagai kepentingan yang diperolehi daripada konsep e-dagang. Salah satunya
adalah dapat melakukan hubungan terus dengan pelanggan. Dalam hal ini,
gologonagn peniaga khususnya dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan
sekadar menerima maklum balas secara terus, tetapi urusan berkenaan tidak perlu
melibatkan pihak ketiga kerana segalanya cepat dilakukan hanya melalui talian
terus (online). Dengan demikan dapat membaiki segala kelemahan melalui
pihak ketiga dengan segera. E-dagang juga membantu dalam memudahkan iklan dan
melakukan promosi.
Hal ini bererti sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bentuk pengiklanan, harga mahupun mempromosi perkhidmatan dan barangan baru, ia mudah disesuaikan mengiktu keadaan semasa yang pelanggan inginkan. Selain itu, aspek paling penting dalam penggunaan e-dagang ini adalah menjimatkan kos. Dengan menggunakan e-dagang, sebarang kos sewaan, insuran kawalan mahupun kos-kos lain tidak perlu dilakukan termasuklah menjimatkan kos penyimpanan dan transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan. Kaedah e-dagang ini juga memberi kebaikan kerana semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan mempunyai satu rangkaian yang sama. Dengan cara tersebut, sebarang urusan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan secepat mungkin tanpa mengisi borang kertas. Tidak cukup dengan itu, e-dagang turut memberi kelebihan dan penting dalam meluaskan pasaran sesuatu perniagaan. Hal ini, dibuktikan melalui e-dagang sebarang aktiviti atau urusan pemasaran mampu diperluaskan dan dilakukan dengan mudah serta menjimatkan. Apabila melibatkan penggunaan internet umumnya, melalui konsep ini, peniaga berpeluang mengiklankan dan memasarkan barangan dan juga perkhidmatan tanpa mengira sempadan. Para usahawan khususnya dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan kadar lebih pantas, tepat dan efisyen melalui e-mel, SMS (sistem pesanan ringkas) dan pelbagai medium lain. Di samping itu, kualiti perkhidmatan syarikat kepada pelanggan juga dapat ditingkatkan sekiranya e-dagang ini membantu dalam mengintegrasikan semua bahagian apabila melakukan transaksi perniagaan. Misalnya, apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut dengan segera dapat dihantar ke beberapa bahagian dalaman berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistic dan bahagian pembuatan. Dengan demikian, pengkoordinasian dalaman berupaya memenuhi pesan tersebut akan menjadi lebih efisyen. Tambahan lagi, teknologi yang wujud hari ini membantu jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi bagi memaparkan dan mempromosi jualan serta menghantar pesan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan syarikat untuk menerima dan menghantar barangan serta menyediakan perkhidmatan yang mana mewujudkan kelebihan daya saing dalam industri perniagaan khususnya, Kepentingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan, pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan segala informasi boleh disimpan di dalam komputer atau laptop. Secara umumnya dapat dilihat dengan wujudnya teknologi yang diaplikasi ke dalam konsep e-dagang, sesuatu proses perniagaan itu akan mendapat pulangan yang tinggi dan memberikan kepentingan kepada dunia perniagaan masa ini. Ditambah pula dengan anjakan paradigma globalisasi berjaya mewujudkan perhubungan dunia yang rapat serta menjadikan ekonomi di dunia sebagai sistem yang bergantungan antara satu sama lain.
Hal ini bererti sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bentuk pengiklanan, harga mahupun mempromosi perkhidmatan dan barangan baru, ia mudah disesuaikan mengiktu keadaan semasa yang pelanggan inginkan. Selain itu, aspek paling penting dalam penggunaan e-dagang ini adalah menjimatkan kos. Dengan menggunakan e-dagang, sebarang kos sewaan, insuran kawalan mahupun kos-kos lain tidak perlu dilakukan termasuklah menjimatkan kos penyimpanan dan transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan. Kaedah e-dagang ini juga memberi kebaikan kerana semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan mempunyai satu rangkaian yang sama. Dengan cara tersebut, sebarang urusan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan secepat mungkin tanpa mengisi borang kertas. Tidak cukup dengan itu, e-dagang turut memberi kelebihan dan penting dalam meluaskan pasaran sesuatu perniagaan. Hal ini, dibuktikan melalui e-dagang sebarang aktiviti atau urusan pemasaran mampu diperluaskan dan dilakukan dengan mudah serta menjimatkan. Apabila melibatkan penggunaan internet umumnya, melalui konsep ini, peniaga berpeluang mengiklankan dan memasarkan barangan dan juga perkhidmatan tanpa mengira sempadan. Para usahawan khususnya dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan kadar lebih pantas, tepat dan efisyen melalui e-mel, SMS (sistem pesanan ringkas) dan pelbagai medium lain. Di samping itu, kualiti perkhidmatan syarikat kepada pelanggan juga dapat ditingkatkan sekiranya e-dagang ini membantu dalam mengintegrasikan semua bahagian apabila melakukan transaksi perniagaan. Misalnya, apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut dengan segera dapat dihantar ke beberapa bahagian dalaman berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistic dan bahagian pembuatan. Dengan demikian, pengkoordinasian dalaman berupaya memenuhi pesan tersebut akan menjadi lebih efisyen. Tambahan lagi, teknologi yang wujud hari ini membantu jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi bagi memaparkan dan mempromosi jualan serta menghantar pesan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan syarikat untuk menerima dan menghantar barangan serta menyediakan perkhidmatan yang mana mewujudkan kelebihan daya saing dalam industri perniagaan khususnya, Kepentingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan, pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan segala informasi boleh disimpan di dalam komputer atau laptop. Secara umumnya dapat dilihat dengan wujudnya teknologi yang diaplikasi ke dalam konsep e-dagang, sesuatu proses perniagaan itu akan mendapat pulangan yang tinggi dan memberikan kepentingan kepada dunia perniagaan masa ini. Ditambah pula dengan anjakan paradigma globalisasi berjaya mewujudkan perhubungan dunia yang rapat serta menjadikan ekonomi di dunia sebagai sistem yang bergantungan antara satu sama lain.
4.0 Penggunaan
e-dagang secara global
Perkembangan
pesat teknologi maklumat masa ini membawa konsep e-dagang ini seiring maju
bersama. Setiap aktiviti e-dagang yang berlangsung di seluruh dunia dictatkan
masa, waktu dan lokasi berlakunya urus niaga. Kebanyakkan kajian-kajian yang
dliakukan, tempat-tempat berlakunya urus niaga e-dagang ini adalah di rumah,
pejabatm kafe siber dan lain-lain. Dalam
pada itu, tempat lain yang berlakunya e-dagan ini adalah di bank dan kedai
makan yang mana mendapat liputan untuk mengakses internet. Secara umumnya dapat
dilihat perkembangan perniagaan atas talian ini disebabkan perkembangan
jaringan internet yang meluas. Internet telah membawa pelbagai perubahan
terutamanya dalam bidang perniagaan atas talian seperti e-dagang.
Apabila berlakunya peningkatan
kemajuan dan peningkatan infrastruktur dalam sistem komunikasi, penggunaan
e-dagang tealah berkembang pesat seperti cendawan tumbuh dek hujan’. Dapat
dikihat pengguna merasakan keselesaan dan lebih gemar membeli dan melakukan
pembelian atas talian khususnya produk atau barangan terkini. Tambahan lagi,
peniaga-peniaga kini juga mengemar perniagaan dan perdagangan secara global.
Dengan terdapatnya akses internet para pedagang dapat melakukan transaksi
seperti urusan perbincangan, perundingan dan tawar-menawar serta pembelian
secara talian. Kesannya, sekaligus berupaya menjimatkan masa, kos dan memberi
kesan kepada peningkatan perniagaan secara global. Banyak aktiviti perniagaan
dan perdagangan juga dapat dijalankan sama ada di dalam atau luar negara.
Tambahan pula, hubungan perniagaan kemasyarakatan sesame peniaga turut
terjalin. Di Malaysia, hanya 28 peratus daripada keselurhuan syarikat
perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding negara lain.
Negatifnya, tidak banyak syarikat
perniagaan berminat menjalankan konsep e-dagang. Segelintir pedagang dan
peniaga membuat tanggapan bahawa e-dagang hanya memakan masa dan terpaksa
mengeluarkan kos yang tinggi. Tetapi, baru-baru ini, Ketua Unit Jualan dan
Perkhidmatan Dalam Talian, Ramesh Rajendran, mengatakan yang mana Digi Online
telah menaik taraf kepada platform e-dagang yang baru sekalihus membolehkan
pelanggan menikmati lebih banyak kemudahan melalu kepelbagaian saluran untuk
menigkatkan struktur perniagaan runcit yang telah sedia ada (Astro Awani, 25
Julai 2013). Walau demikian, bagi generasi muda mereka mengambil kesempatan
dengan menjalankan perniagaan atas talian ini di atas minat yang tinggi. Secara
tidak langsung dapat melihat bahawa generasi muda ini yang pastinya akan terus
memperluaskan penggunaan e-dagang secara global bukan sahaja di dunia tetapi
seluruh dunia.
5.0 Tahap
penggunaan e-dagang di Malaysia
Di
Malaysia, penggunaan perniagaan berkonsepkan e-dagang ini wujud apabila pihak
kerajaan menubuhkan sebuah badan yang memberi keutamaan dalam penggunaan
internet. Dapat dilihat pada tahun 2006, kerajaan telah melancarkan kesemua
sistem pekhidmatan awam menggunakn sistem online atau atas talian dalam
urusan rasmi mahupun urusan perniagaan sesame kerajaan. Pendekatan tersebut
dilaksanakan setelah melihat perkembangan penggunaan aplikasi menerusi online
meresap begitu pesat di beberapa negara dan kerajaan melihatnya sebagai
satu kaedah yang terbaik. Oleh demikian, pengukuran sasaran oleh kerajaan
digunakan oleh dalam memastikan mutu perkhidmatan berasaskan e-dagang mampu
diterima pakai dan disesuaikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pengguna.
Dalam pada itu, terdapat beberapa
syarikat yang telah menyesuaikan penggunaan aplikasi menerusi e-dagang ini
dengan cara atau kaedah yang digunapakai negara lain misalnya, kewujudan laman
sesawang bagi memudahkan urusan perniagaan, dan perkongsian maklumat berlangsung.
Kerajaan Malaysia dengan usaha bersama agensi-agens berkaitan telah bertindak
sebagai perintis kepada perkembangan dan penggunaan aplikasi e-dagang. Dengan
itu, seberapa banyak dana dan kerjasama telah diberikan bagi memastikan
kejayaan aplikasi e-dagang ini. Sebagai contoh, kerjasama yang dilakukan
melibatkan pihak kementeri adan agensi seperti Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani serta Institusi Mikroelektrik Malaysia (MIMOS) yang mana
telah melancarkan satu program terbitan E-dagang iaitu AgriBazzar.com pada
tahun 2004. Mengikut Pengurus Kanan Unit Latihan Eksport, Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Nurdiana Abdullah berkata di
Matrade e-dagang diperkenalkan kepada syarikat-syarikat yang berminat bagi
menggalakkan mereka menggunakannya untuk kemudahan urusan perniagaan dan
perkembangan perniagaan secara global (Sinar Harian, 13 April 2015). Setelah
kewujudan e-dagang, segala urusan jual beli hanya dilakukan melalui perantaraan
menerusi internet. Hal tersebut mengurangkan kos dari segi pengurusan dan
logistik.
Di samping itu, untuk memacu ekonomi
negara yang lebih teguh dan kukuh, pihak kerajaan menyarankan daya tambah ke
atas pengetahuan. Dalam hal ini MIMOS yang bertindak sebagai perintis kewujudan
internet di Malaysia bertanggungjawab. Penggunaan internet oleh MIMOS harus
dikembangkan dari segi infrastruktur dan penggunaanya sejajar kehendak dan
keperluan semasa. Penggunaan internet sememangnya mencetus fenomena peningkatan
luar biasa yang mengatasi elektronik yang sedia ada. Penggunaan e-dagang ini
juga telah mencatatkan sebanyak 17 juta orang melakukan transaksi pembelian
secara online. Peningkatan tersebut menunjukkan ramai pihak telah
mengambil bahagian dalam mewujudkan e-dagang tidak kira syarikat kecil sehinggalah
yang besar yang memberi kesan kepada ekonomi negara juga. Menurut Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata dalam meningkatkan eksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada
21 peratus menjelang 2020 pemerkasaan e-dagang harus dilaksanakan secepat
mungkin (Astro Awani, 9 Mei 2016).
Oleh itu, secara umumnya peningkatan
penggunaan e-dagang di Malaysia telah membuktikan terdapat ramai pihak yang
menyedari konsep perniagaan tersebut. Namun demikian, menurut kata Menteri
Komunikasi dan Multimedia, pelaksanaan e-dagang di Malaysia pada masa kini
masih belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun mengalami pelbagai perkembangan
yang menyeluruh (Bernama, 29 Jun 2015). E-dagang kini menjadi sebahagian
daripada perkembangan dan pembangunan secara tidak langsung sebagai pengerak
kepada perubahan dan transformasi yang mana bukan sahaja ke atas infrastruktur,
malahan ke atas aplikasi pengguna perkhidmatan dan juga inovasi teknologi.
Seiring dengan itu, sekiranya peningkatan jumlah penggunaan internet bertambah,
potensi e-dagang mampu berkembang dengan lebih pesat khususnya di Malaysia.
6.0 Cabaran
dan halangan penggunaan e-dagang
Sememangnya
dalam mendepani dunia globalisasi kini, di dalam apa jua bidang sudah pastinya
memiliki cabaran tersendiri. Dalam penggunaan e-dagang juga, pelbagai cabaran
dan halangan juga dapat diteliti satu persatu. Beberapa cabaran dan halangan
yang wujud dalam mengaplikasikan e-dagang ini dalam urusan setiap masa seperti
kepercayaan melakukan urusan e-dagang salah satunya. Dari persepektif
kepercayaan penggunaan e-dagang ianya menjadi ppenghalang utama dalam
perkembangan aplikasi e-dagang. Hal ini adalah berurusan melalui sistem
e-dagang ini, pembeli atau pelanggan hanya melakukan belian secara di atas
talian dan hanya mengetahui maklumat-maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan
hanya di atas talian sahaja. Hal tersebut sudah pastinya menjadi satu kerisauan
kepada pembeli kerana wujud banyak penipuan dan kepalsuan maklumat pada masa
ini yang sering berlaku. Menurut Cho,
Kwoo, dan Lee (2007) pula mendapati bahawa faktor kepercayaan merupakan aspek
yang sangat penting dan rumit dalam suasana persekitaran seperti e-dagang dan
m-commerce berbanding dengan perdagangan secara konvensional. Selain
itu, halangan seterunya berkaitan aspek kerahsiaan. Kerahsiaan sememangnya
berkaitan dengan tahap keselamatan dalam transaksi atas talian berlaku. Pembeli
atau pengguna mungkin ragu-ragu di atas urusan pemindahan tersebut dan
pemindahan data secara selamat haruslah dipastikan. Oleh yang demikian,
pengesahan daripada kedua-dua pihak amatlah digalakkan bagi mengelakkan
sebarang perkara tidak diingini berlaku. Dalam memastikan kerahsian
pengguna-pengguna e-dagang terjaga, masih terdapat segelintir pihak yang tidak
bertanggungjawab cuba mencerobohi, mencuri dan menembusi data semasa transaksi
pemindahan data berlaku. Menurut Nadim dan Noorjahan, (2007) mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keselamatan dan kerahsiaan
berhubung dengan keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah
sistem. Faktor keselamatan dititikberatkan oleh seseorang pengguna dalam
menggunakan sesuatu sistem yang baharu seperti aplikasi e-dagang Perkara
seperti inilah yang menyebabkan kebocoran data kerahsiaan dalam penggunaan
aplikasi e-dagang ini berlaku. Hal itu, menjadi kerisauan dan halangan utama
dalam menggunakan aplikasi e-dagang.
Di samping itu, kekurangan
pengetahuan dalam penggunaan e-dagang turu menyumbang kepada cabaran dan
halangan konsep berkenaan. Hal tersebut berikutan kerana tidak semua pelanggan
mempunyai kemahiran dan arif berkaitan penggunaan teknologi. Dengan itu,
kurangnya pengetahuan ini yang menyebabkan pelanggan membuat tanggapan bahawa
peratusan kepercayaan terhadap penggunaan aplikasi e-dagang ini adalah rendah.
Tambahan lagi, cabaran dan halangan
dalam e-dagang ini juga adalah tidak wujud interaksi secara langsung. Pelanggan
atau pengguna yang mahu melakukan pembelian hanya boleh memperolehi maklumat
dengan pembacaan di skrin komputer dan tablet, namun bukannya interaksi secara
langusng dengan penjual. Perkara yang sering berlaku dan mencabar peniaga
adalah terdapat individu dan sesiapa sahaja yang boleh membina laman sesawang
sendiri dan mendaftar dengan nama yang dominan. Disebabkan itu, amat sukar bagi
para pembeli untuk membuat perbezaan sama ada sesuatu laman web itu sah atau
palsu semata-mata.
Cabaran dan halangan lain adalah
yang mana segala maklumat yang dipaparkan juga disalahgunakan oleh sesetengah
pihak. Sebarang maklumat yang tercatat dan terkandung pada laman web boleh
diubahsuai sewenang-wenangnya tanpa sebarang kesan ditinggalkan. Keadaan
tersebut menyebabkan pihak pembekal atau peniaga mengalami kekangan dalam dunia
maya. Secara realitinya, pembekal yang sememangnya melakukan perniagaan secara
e-dagang ini haruslah berhati-hati bagi mengekalkan mutu perkhidmatannya.
7.0 Faktor-faktor
mendorong penggunaan e-dagang
Bagi
negara Malaysia, terdapat pelbagai faktor pendorong yang menyebabkan kepada
penggunaan e-dagang ini. Faktor-faktor tersebut seperti pelaksanaannya yang
mudah, akibat pengaruh sosial, kos, kepercayaan dan keselamatan. Pertama sekali
adalah berkaitan mudah pelaksanaan konsep e-dagang ini. Hal ini dapat dilihat
melalui keinginan seseorang yang berkeinginan membeli sesuatu secara ata
talian. Disebabkan mudah, itu yang menjadi faktor kepada pembelian barangan
oleh individu secara atas talian. Hal ini, dapat kita lihat kini, pelbagai
perniagaan yang wujud secara online dilakukan melalui aplikasi media
sosial seperti Facebook, Instagram, wechat dan aplikasi lain. Dalam pada itu,
dapat melihat penggunaan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa seseorang
pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang telah
dieseiakan sama ada aplikasi itu mudah digunakan atau sebaliknya. Sudah
pastinya, aspek tersebut mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba
atau menggunakan sistem tersebut.
Selain itu, berkaitan pengaruh
sosial pula adalah berkaitan keinginan seseorang pengguna itu dalam menggunakan
dan mencuba sesebuah aplikasi baru seperti e-dagang ini. Hal ini terbukti
apabila di dalam laman sosial sekiranya seseorang penggunan telah mencuba dan
berpuas hati di atas sesuatu laman seswang berkaitan jual beli barang, pengguna
tersebut kebiasaannya akan menyaran rakan-rakan lain atau orang terdekat yang
berminat turut mencuba dan menggunakan aplikasi yang sama.
Kos juga menjadi antara faktor
menyumbang kepada e-dagang. Dapat dilihat para pengguna seringkali
membandingkan harga-harga barangan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan
membelinya. Pengguna sememangnya menitikberatkan kos pembelian semasa
menggunakan pembelian secara talian ini. Harga yang berpatutan kebiasaannya
akan menjadi pilihan pertama termasuklah kualiti semasa membuat pembelian.
Dalam aspek lain, dari segi penyediaan kewangan oleh pihak kerajaan juga
berupaya mewujudkan hubungan erat antara pihak kerajaan dengan pihak swasta
atau badan persendirian. Walaupun terdapat kekangan dan cabaran dari segi kos
untuk pelaksanaan e-dagang ini, ia mampu diharungi dan mematangkan pihak yang
terlibat kerana pelbagai manfaat diperoleh melalui sistem e-dagang ini kepada
ekonomi dan sosial negara.
Di
samping itu, salah satu faktor mendorong kepada penggunaan e-dagang ini ialah
kepercayaan penggunaan e-dagang. Faktor ini merupakan asas dalam perniagaan
atas talian. Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang ini berupaya
meningkatkan tahap keyakinan pengguna bagi melakukan transaksi atau urusan
pembelian berkonsepkan e-dagang ini. Berkaitan faktor kepercayaan ini, dapat
kita mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang pengguna dalam
menggunakan aplikasi sedia ada masa ini.
Faktor
seterusnya adalah faktor keselamatan yang merupakan faktor terpenting dalam
menjalankan urusan yang melibatkan urusan perpindahan transaksi seperti urusan
pembelia secara atas talian. Pemeblian tersebut tidak kira sama ada secara
perpindahan kredit ataupun menerusi kad kredit. Hal ini kerana penggunaan
transaksi seperti ini berupaya memungkinkan berlakunya pencerobohan. Antara
pencerobohan yang boleh berlaku seperti kecurian kata laluan, spam, percubaan
mencerobohi data atau maklumat serta pengodaman.
Akhir
sekali, faktor lain yang mendorong penggunaan e-dagang ini adalah yang mana
pihak bertanggungjawab dan badan-badan NGO khususnya wajar memikirkan
pendekatan dinamik dalam memastikan masyarakat boleh menerima dan menggunakan
sistem e-dagang dalam urusan kerja masing-masing. Perlu diketahui juga bahawa penerimaan
terhadap sesuatu teknologi juga sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan
dalam penyelesaian sesuatu kerumitan yang dihadapi selama ini. Namun demikian, berdasarkan
kajian yang mana telah membuktikan bahawa penggunaan e-dagang dapat
ditingkatkan pada tahap yang luar biasa sekiranya memperkembangkan sistem
e-dagang secara menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat.
8.0 Penutup
Kesimpulannya,
pada hari dapat dilihat kejayaan e-dagang yang mana memerlukan gabungan
perkongsian di antara sektor swasta dan awam. Perkembangan e-dagang di Malaysia
hari ini telah berada pada tahap yang mana meningkat dari masa ke semasa. Hal
ini disebabkan usaha dan pelbagai inisiatif daripada masyarakat dan kerajaan
dalam memastikan sistem e-dagang ini diimplementasikan sepenuhnya masyarakat
Malaysia. Dalam pada itu, pelbagai kerangka dan pembinaan infrastruktur
direncana untuk pembangunan kelak. Hal tersebut sejajar dengan pertumbuhan
pesat sistem e-dagang yang telah lama digunapakai beberapa negara maju dalam
membantu perkembangan ekonomi masing-masing.
Lantaran
itu, pihak kerajaan telah memperuntukkan dana besar bagi memastikan kelengkapan
dan keperluan berkaitan ICT lengkap dan terus memberi faedah kepada semua
lapisan masyarakat Malaysia terutamanya pengguna e-dagang. Dengan itu, pihak
kerjaan juga telah melakukan pelbagai alternatif memastikan perkhidmatan
internet yang berperanan sebagai nadi sistem e-dagang ini dapat diakses oleh
seluruh masyarakat di Malaysia. Pelaksanaan berterusan oleh pihak kerajaan
adalah kerana hasrat kerajaan agar sistem e-dagang ini dapat diakses secara
meluas dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub pusat perkembangan ICT dan
e-dagang menjelang 2020. Walau bagaimanapun, daripada segi pelaksanaan bukan
hanya k atas pihak kerajaan sahaja tetapi penglibatan sektor swasta dan badan
persendirian juga amat penting dalam meningkatkan keberkesanan dalam
mengimplementasikan sistem e-dagang di Malaysia.
9.0 Rujukan
Astro Awani, 25 Julai 2013. DiGi store online
dinaiktaraf ke platform e-dagang. Diakses pada 28 Mei 2016 di laman web http://www.astroawani.com/berita-bisnes/digi-store-online-dinaiktaraf-ke-platform-e-dagang-19021.
Astro Awani, 9 Mei 2016. Tingkat eksport PKS
melalui e-dagang. Diakses pada 28 Mei 2016 di laman web http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tingkat-eksport-pks-melalui-e-dagang-104902.
Bernama,
29 Jun 2015. Potensi E-Dagang Belum dimanfaatkan sepenuhnya- Ahmad Shabery.
Diakses pada 1 Jun 2016 di laman web http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=tn&id=1148362.
Chaffey, Dave, Mayer, Richard, Johnston,
Kevin, Ellis, Chadwick Fiona. (2000). Internet Marketing. London : Prentice
Hall.
Chaffey, D. (2007). E-Business and E-Commerce Management,
Strategy, Implementation dan Practice. London: Prentice Hall.
Colton,
K. W., Kraemer, K. L., & SpringerLink (Online service). (1980). Computers
and Banking: Electronic Funds Transfer Systems and Public Policy. Boston,
MA: Springer US.
Hanson,
W. (2000) Principles of Internet Marketing. South Western College
Publishing, Cincinnati, OH.
M,
Suyanto. (2003). Strategi periklanan pada e-Commerce perusahaan top dunia
Suyanto. Yogjakarta: Andi.
Nadim Jahangir &
Noorjahan Begum, 2007. Effect of perceived usefulness, ease of use, security
and privacy on customer attitude and adaption in the context of e-banking.
Journal of Management Research, 147-157.
Reynolds, J. 2004. The Complete E-commerce
Book: Design, Build & Maintain a Sucessful Web-based Business. 2n edition.
San Francisco: CMP Book.
Samuel,
Eric, 2010. Perkembangan e-commerce, http://ericsamuel.blogspot
.com/2010/06/adperkembangan-e-commerce.html.
Schneider,
G. 2005. “Digital Products on the Web: Pricing Issues and Revenue Models,”
154–174. In Kehal, H. and V. Singh, eds., Digital Economy: Impacts,
Influences, and Challenges.Hershey, PA: Idea Group.
Sinar Harian, 13
April 2015. Beri Tumpuan E-dagang. Diakses pada 1 Jun 2016 di laman web http://www.sinarharian.com.my/bisnes/beri-tumpuan-e-dagang-1.379096.
en, saya minta izin untuk gunakan entri ni ye, terima kasih..
ReplyDeleteThank you sm for this information. really2 helped.. :)
ReplyDeleteMaklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDeleteSelamat datang ke Syarikat Pinjaman Rossa Stanley
ReplyDeleteBerhubung dengan syarikat pinjaman dengan rekod pencapaian pinjaman dan senarai pemeriksa pinjaman di seluruh dunia, di syarikat pinjaman rossa stanley kestabilan kewangan anda adalah matlamat kami, kami memberikan pinjaman kepada
1) Individu
2) Badan bekerjasama
3) Syarikat terhad.
4) Pinjaman peribadi.
5) Pinjaman pelaburan.
6) Pinjaman Pembinaan.
7) Pinjaman Gadai Janji.
Hubungi kami sekarang melalui medium berikut,
E-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com
Pengarah Tel: +1 (914) 529-5708
Whats-app: +1(914)529-5708
Pengurus Operasi Tel: (+1) 2133153118
Rasmi Instagram: rossastanleyloan
Twitter rasmi: Rossastanlyloan
Rasmi Facebook: Rossa Stanley Favor
Alamat pejabat ibu pejabat: 3911 Kenwood Place, Orlando Florida USA.
Zip-code: 32801
Berdaftar di bawah pengawasan undang-undang perindustrian Florida,
ATAU
Isi borang permohonan di bawah dan kami akan menjawab anda dengan serta-merta, Kami sedia 24 jam setiap hari.
DATA PEMOHON
1) Nama Penuh:
2) Tarikh lahir:
3) Alamat:
4) Nombor keselamatan sosial:
5) Nombor Whats-app:
6) Pekerjaan:
7) Nombor Telefon:
8) Jawatan di tempat kerja:
9) Pendapatan Bulanan:
10) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
11) Tempoh Pinjaman:
12) Nama Facebook:
13) Status Perkahwinan:
14) Agama:
15) Negara:
16) Jantina:
17) Apa-apa Hilang Upaya
18 Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum?, Jika ya, sebutkan nama syarikat pinjaman
TINDAKAN,
Mrs.Rossa Stanley Favor
Ketua Pegawai Eksekutif ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
E-mel rossastanleyloancompany@gmail.com