Tuesday, 31 May 2016

KONSEP E- DAGANG MENYELURUH



KONSEP E-DAGANG

Oleh: Muhammad Hafiz Bin Mustafar










1.0 Pengenalan
Dalam meniti arus perdana globalisasi hari ini, pelbagai urusan sama ada di dalam perkhidmatan awam, swasta mahupun perbankan perniagaan hanyalah melalui jaringan internet. Internet menjadi salah satu medium terpenting abad ini dalam segala urusan kehidupan. Di dalam bidang perniagaan khususnya, setelah kewujudan internet telah berlaku satu lonjakan paradigma yang mana segala urusan jual beli barangan dan perkhidmatan hanyalah melalui sistem perniagaan atas talian yang lebih dikenali lagi dengan sistem e-dagang. E-dagang boleh didefinisikan sebagai satu bentuk pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku antara pihak penjual dan pembeli yang mana memberi kesan kepada sudut ekonomi. Dalam pada itu, e-dagang juga boleh didenifisikan sebagai mengeksploitasi teknologi dan aplikasi bagi menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Internet, dan sesawang WWW (World Wide Web). Segala urusan yang dijalankan berkonsepkan e-dagang tidak mengira lokasi, saiz dan jenis perniagaan. Walau bagaimanapun. Syarat menjalankan urusan e-dagang juga tetap ada yang mana memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dan terkini dalam proses pentadbiran dan perniagaan. Selain itu, e-dagang juga memberi kesan kepada pengeluaran, pengedaran dan lain sektor yang berlandaskan elektronik (Kent W.Colton & Kenneth L. Kraemer, 1980). Sebenarnya transaksi yang dijalankan secara atas talian ini banyak membuka peluang kepada para peniaga dan pelanggan dalam menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk serta perkhidmatan yang mereka inginkan lebih efektif dengan kadar segera. Sistem ini juga dapat dilihat sebagai salah satu alternatif jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dialami oleh firma-firma perniagaan satu ketika dahulu yang mana paling ketara adalah masalah mempromosikan dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
2.0 Sejarah dan evolusi e-Dagang
Beraneka tafsiran diberikan masyarakat berkaitan istilah E-dagang mengikut kefahaman dan pengetahuan masing-masing. E-dagang ini bermula di awal tahun 1970 an yang mana pada masa itu penggunaan aplikasi masih terbatas mengikut perusahaan kecil sahaja. Terlalu banyak persoalan berkaitan e-dagang diajukan kepada pihak berkaitan, namun masih belum memahami. Mengikut Chaffey et.al, (2000) mengatakan bahawa e-Dagang merupakan satu proses jual beli menerusi internet yang lebih dikenali sebagai World Wide Web (WWW). Walau demikian, masih terdapat pengertian berbeza mengenai sejarah e-dagang ini. Menurut pandangan Kalakota dan Whinston (1997), dalam buku M. Suyanto, (2003) menjelaskan e-dagang adalah satu perspektif komunikasi, perspektif perkhidmatan atau servis dan juga proses perniagaan atas talian yang dipanggil online. Dapat dilihat pelbagai pandangan dan takrifan mengenai sejarah e-dagang dalam dunia global masa ini. Mengikut sejarah, pada tahun 1997, e-dagang dibangunkan oleh Syarikat International Business Machines (IBM) yang menjadikan penggunaan e-dagang popular sehingga masa kini (Chaffey, 2007).
E-dagang ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui penggunaan medium teknologi maklumat (IT). Hal ini menerangkan bahawa penggunaan IT dalam perniagaan hari ini berupaya membezakannya dengan perniagaan secara tradisional. Ia juga menjadi sebuah platform ruang perniagaan yang luas bagi mempercepakan dan memudahkan proses kitaran perniagaan khususnya melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna mahupun urusan jual beli. Secara terperinci e-dagang meliputi pelbagai jenis perniagaan, daripada pengguna laman berasaskan runcit, melalui laman web lelongan atau muzik, barang-barang perniagaan perdagangan bursa dan perkhidmatan antara syarikat.


            Pada masa ini, e-dagang menjadi aliran utama bagi pelancaran sesuatu perniagaan untuk urusan jual beli dan perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynold, 2004). E-dagangan bukan sahaja kaedah pengedaran barang atau perkhidmatan menerusi elektronik, tetapi juga sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang mana bukan hanya untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, tetapi juga untuk proses pembelian sesuatu barangan yang ditawarkan pelbagai organisasi. Menurut Hanson, (2000) perniagaan dan transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan dalam internet melonjak tinggi akibat peningkatan penggunaan internet masa kini. E-dagang sememangnya banyak menonjolkan aktiviti seperti pertukaran dengan perniagaan yang lain khususnya digunakan sesebuah syarikat dalam menyokong urusan pembelian, penjualan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan laman sesawang.
Dalam pada itu, terdapat pelbagai maksud dan istilah berkaitan konsep ini. Sebagai contohnya e-dagang atau e-perniagaan yang kedua-duanya merangkumi maksud transaksi elektronik yang sama seperti Perniagaan kepada Perniagaan (B2B), Perniagaan kepada Pengguna (B2C), Pengguna kepada Penggunan (C2C), mobile commerce(m-c) dan lain-lain lagi. Terlalu banyak pentafsiran berkaitan e-dagang dan e-perniagaan ini, dan sekiranya dilihat iamya adalah sama dan membezakannya hanyalah istilah sahaja. Konsep berkaitan e-dagang ini bergantung kepada pandangan seseorang itu. Walaubagaimanapun, ia meliputi segala aspek urusan perdagangan dan kewangan yang bukan hanya bergantung kepada urusan jual beli semata-mata. Ia juga sebagai peranan bagi meluaskan hubungan perdagangan ke seantero dunia menerusi penggunaan teknologi masa kini yang tidak terbatas. Tambahan lagi, skop e-dagang ini meliputi pelbagai pihak antaranya penjual, pelanggan, pembeli, orang awam dan juga organisasi. Perlu dikethaui juga, perkembangan e-dagang ini bermula daripada internet. Hal ini membuktikan penggunaan internet merevolusikan aktiviti perdagangan menjadi aktiviti terpenting dalam mengutamakan perkembangan ekonomi yang pesat dan maju. Kewujudan e-dagang juga berupaya melicinkan perjalanan aktiviti perniagaan dan transaksi kewangan tidak mengira had dan sempadan. Segala perhubungan dan penyebaran informasi perdagangan mencorakkan titik penting dalam pengusaha mengembangkan dan memperluaskan penggunaan e-dagang secara global.

3.0 Kepentingan e-dagang dalam perniagaan
Sememangnya penggunaan konsep e-dagang masa kini amat penting dalam urusan perniagaan. Pelbagai kepentingan yang diperolehi daripada konsep e-dagang. Salah satunya adalah dapat melakukan hubungan terus dengan pelanggan. Dalam hal ini, gologonagn peniaga khususnya dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar menerima maklum balas secara terus, tetapi urusan berkenaan tidak perlu melibatkan pihak ketiga kerana segalanya cepat dilakukan hanya melalui talian terus (online). Dengan demikan dapat membaiki segala kelemahan melalui pihak ketiga dengan segera. E-dagang juga membantu dalam memudahkan iklan dan melakukan promosi. 
Hal ini bererti sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bentuk pengiklanan, harga mahupun mempromosi perkhidmatan dan barangan baru, ia mudah disesuaikan mengiktu keadaan semasa yang pelanggan inginkan. Selain itu, aspek paling penting dalam penggunaan e-dagang ini adalah menjimatkan kos. Dengan menggunakan e-dagang, sebarang kos sewaan, insuran kawalan mahupun kos-kos lain tidak perlu dilakukan termasuklah menjimatkan kos penyimpanan dan transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan. Kaedah e-dagang ini juga memberi kebaikan kerana semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan mempunyai satu rangkaian yang sama. Dengan cara tersebut, sebarang urusan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan secepat mungkin tanpa mengisi borang kertas. Tidak cukup dengan itu, e-dagang turut memberi kelebihan dan penting dalam meluaskan pasaran sesuatu perniagaan. Hal ini, dibuktikan melalui e-dagang sebarang aktiviti atau urusan pemasaran mampu diperluaskan dan dilakukan dengan mudah serta menjimatkan. Apabila melibatkan penggunaan internet umumnya, melalui konsep ini, peniaga berpeluang mengiklankan dan memasarkan barangan dan juga perkhidmatan tanpa mengira sempadan. Para usahawan khususnya dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan kadar lebih pantas, tepat dan efisyen melalui e-mel, SMS (sistem pesanan ringkas) dan pelbagai medium lain. Di samping itu, kualiti perkhidmatan syarikat kepada pelanggan juga dapat ditingkatkan sekiranya e-dagang ini membantu dalam mengintegrasikan semua bahagian apabila melakukan transaksi perniagaan. Misalnya, apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut dengan segera dapat dihantar ke beberapa bahagian dalaman berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistic dan bahagian pembuatan. Dengan demikian, pengkoordinasian dalaman berupaya memenuhi pesan tersebut akan menjadi lebih efisyen. Tambahan lagi, teknologi yang wujud hari ini membantu jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi bagi memaparkan dan mempromosi jualan serta menghantar pesan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan syarikat untuk menerima dan menghantar barangan serta menyediakan perkhidmatan yang mana mewujudkan kelebihan daya saing dalam industri perniagaan khususnya, Kepentingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan, pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan segala informasi boleh disimpan di dalam komputer atau laptop. Secara umumnya dapat dilihat dengan wujudnya teknologi yang diaplikasi ke dalam konsep e-dagang, sesuatu proses perniagaan itu akan mendapat pulangan yang tinggi dan memberikan kepentingan kepada dunia perniagaan masa ini. Ditambah pula dengan anjakan paradigma globalisasi berjaya mewujudkan perhubungan dunia yang rapat serta menjadikan ekonomi di dunia sebagai sistem yang bergantungan antara satu sama lain.

4.0 Penggunaan e-dagang secara global

Perkembangan pesat teknologi maklumat masa ini membawa konsep e-dagang ini seiring maju bersama. Setiap aktiviti e-dagang yang berlangsung di seluruh dunia dictatkan masa, waktu dan lokasi berlakunya urus niaga. Kebanyakkan kajian-kajian yang dliakukan, tempat-tempat berlakunya urus niaga e-dagang ini adalah di rumah, pejabatm kafe siber dan lain-lain.  Dalam pada itu, tempat lain yang berlakunya e-dagan ini adalah di bank dan kedai makan yang mana mendapat liputan untuk mengakses internet. Secara umumnya dapat dilihat perkembangan perniagaan atas talian ini disebabkan perkembangan jaringan internet yang meluas. Internet telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dalam bidang perniagaan atas talian seperti e-dagang.
            Apabila berlakunya peningkatan kemajuan dan peningkatan infrastruktur dalam sistem komunikasi, penggunaan e-dagang tealah berkembang pesat seperti cendawan tumbuh dek hujan’. Dapat dikihat pengguna merasakan keselesaan dan lebih gemar membeli dan melakukan pembelian atas talian khususnya produk atau barangan terkini. Tambahan lagi, peniaga-peniaga kini juga mengemar perniagaan dan perdagangan secara global. Dengan terdapatnya akses internet para pedagang dapat melakukan transaksi seperti urusan perbincangan, perundingan dan tawar-menawar serta pembelian secara talian. Kesannya, sekaligus berupaya menjimatkan masa, kos dan memberi kesan kepada peningkatan perniagaan secara global. Banyak aktiviti perniagaan dan perdagangan juga dapat dijalankan sama ada di dalam atau luar negara. Tambahan pula, hubungan perniagaan kemasyarakatan sesame peniaga turut terjalin. Di Malaysia, hanya 28 peratus daripada keselurhuan syarikat perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding negara lain.
            Negatifnya, tidak banyak syarikat perniagaan berminat menjalankan konsep e-dagang. Segelintir pedagang dan peniaga membuat tanggapan bahawa e-dagang hanya memakan masa dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi. Tetapi, baru-baru ini, Ketua Unit Jualan dan Perkhidmatan Dalam Talian, Ramesh Rajendran, mengatakan yang mana Digi Online telah menaik taraf kepada platform e-dagang yang baru sekalihus membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak kemudahan melalu kepelbagaian saluran untuk menigkatkan struktur perniagaan runcit yang telah sedia ada (Astro Awani, 25 Julai 2013). Walau demikian, bagi generasi muda mereka mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan atas talian ini di atas minat yang tinggi. Secara tidak langsung dapat melihat bahawa generasi muda ini yang pastinya akan terus memperluaskan penggunaan e-dagang secara global bukan sahaja di dunia tetapi seluruh dunia.

5.0 Tahap penggunaan e-dagang di Malaysia
Di Malaysia, penggunaan perniagaan berkonsepkan e-dagang ini wujud apabila pihak kerajaan menubuhkan sebuah badan yang memberi keutamaan dalam penggunaan internet. Dapat dilihat pada tahun 2006, kerajaan telah melancarkan kesemua sistem pekhidmatan awam menggunakn sistem online atau atas talian dalam urusan rasmi mahupun urusan perniagaan sesame kerajaan. Pendekatan tersebut dilaksanakan setelah melihat perkembangan penggunaan aplikasi menerusi online meresap begitu pesat di beberapa negara dan kerajaan melihatnya sebagai satu kaedah yang terbaik. Oleh demikian, pengukuran sasaran oleh kerajaan digunakan oleh dalam memastikan mutu perkhidmatan berasaskan e-dagang mampu diterima pakai dan disesuaikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
            Dalam pada itu, terdapat beberapa syarikat yang telah menyesuaikan penggunaan aplikasi menerusi e-dagang ini dengan cara atau kaedah yang digunapakai negara lain misalnya, kewujudan laman sesawang bagi memudahkan urusan perniagaan, dan perkongsian maklumat berlangsung. Kerajaan Malaysia dengan usaha bersama agensi-agens berkaitan telah bertindak sebagai perintis kepada perkembangan dan penggunaan aplikasi e-dagang. Dengan itu, seberapa banyak dana dan kerjasama telah diberikan bagi memastikan kejayaan aplikasi e-dagang ini. Sebagai contoh, kerjasama yang dilakukan melibatkan pihak kementeri adan agensi seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Institusi Mikroelektrik Malaysia (MIMOS) yang mana telah melancarkan satu program terbitan E-dagang iaitu AgriBazzar.com pada tahun 2004. Mengikut Pengurus Kanan Unit Latihan Eksport, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Nurdiana Abdullah berkata di Matrade e-dagang diperkenalkan kepada syarikat-syarikat yang berminat bagi menggalakkan mereka menggunakannya untuk kemudahan urusan perniagaan dan perkembangan perniagaan secara global (Sinar Harian, 13 April 2015). Setelah kewujudan e-dagang, segala urusan jual beli hanya dilakukan melalui perantaraan menerusi internet. Hal tersebut mengurangkan kos dari segi pengurusan dan logistik.
            Di samping itu, untuk memacu ekonomi negara yang lebih teguh dan kukuh, pihak kerajaan menyarankan daya tambah ke atas pengetahuan. Dalam hal ini MIMOS yang bertindak sebagai perintis kewujudan internet di Malaysia bertanggungjawab. Penggunaan internet oleh MIMOS harus dikembangkan dari segi infrastruktur dan penggunaanya sejajar kehendak dan keperluan semasa. Penggunaan internet sememangnya mencetus fenomena peningkatan luar biasa yang mengatasi elektronik yang sedia ada. Penggunaan e-dagang ini juga telah mencatatkan sebanyak 17 juta orang melakukan transaksi pembelian secara online. Peningkatan tersebut menunjukkan ramai pihak telah mengambil bahagian dalam mewujudkan e-dagang tidak kira syarikat kecil sehinggalah yang besar yang memberi kesan kepada ekonomi negara juga. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dalam meningkatkan eksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada 21 peratus menjelang 2020 pemerkasaan e-dagang harus dilaksanakan secepat mungkin (Astro Awani, 9 Mei 2016).
            Oleh itu, secara umumnya peningkatan penggunaan e-dagang di Malaysia telah membuktikan terdapat ramai pihak yang menyedari konsep perniagaan tersebut. Namun demikian, menurut kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, pelaksanaan e-dagang di Malaysia pada masa kini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun mengalami pelbagai perkembangan yang menyeluruh (Bernama, 29 Jun 2015). E-dagang kini menjadi sebahagian daripada perkembangan dan pembangunan secara tidak langsung sebagai pengerak kepada perubahan dan transformasi yang mana bukan sahaja ke atas infrastruktur, malahan ke atas aplikasi pengguna perkhidmatan dan juga inovasi teknologi. Seiring dengan itu, sekiranya peningkatan jumlah penggunaan internet bertambah, potensi e-dagang mampu berkembang dengan lebih pesat khususnya di Malaysia.

6.0 Cabaran dan halangan penggunaan e-dagang
Sememangnya dalam mendepani dunia globalisasi kini, di dalam apa jua bidang sudah pastinya memiliki cabaran tersendiri. Dalam penggunaan e-dagang juga, pelbagai cabaran dan halangan juga dapat diteliti satu persatu. Beberapa cabaran dan halangan yang wujud dalam mengaplikasikan e-dagang ini dalam urusan setiap masa seperti kepercayaan melakukan urusan e-dagang salah satunya. Dari persepektif kepercayaan penggunaan e-dagang ianya menjadi ppenghalang utama dalam perkembangan aplikasi e-dagang. Hal ini adalah berurusan melalui sistem e-dagang ini, pembeli atau pelanggan hanya melakukan belian secara di atas talian dan hanya mengetahui maklumat-maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan hanya di atas talian sahaja. Hal tersebut sudah pastinya menjadi satu kerisauan kepada pembeli kerana wujud banyak penipuan dan kepalsuan maklumat pada masa ini yang sering berlaku. Menurut Cho, Kwoo, dan Lee (2007) pula mendapati bahawa faktor kepercayaan merupakan aspek yang sangat penting dan rumit dalam suasana persekitaran seperti e-dagang dan m-commerce berbanding dengan perdagangan secara konvensional.  Selain itu, halangan seterunya berkaitan aspek kerahsiaan. Kerahsiaan sememangnya berkaitan dengan tahap keselamatan dalam transaksi atas talian berlaku. Pembeli atau pengguna mungkin ragu-ragu di atas urusan pemindahan tersebut dan pemindahan data secara selamat haruslah dipastikan. Oleh yang demikian, pengesahan daripada kedua-dua pihak amatlah digalakkan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Dalam memastikan kerahsian pengguna-pengguna e-dagang terjaga, masih terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencerobohi, mencuri dan menembusi data semasa transaksi pemindahan data berlaku. Menurut Nadim dan Noorjahan, (2007) mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keselamatan dan kerahsiaan berhubung dengan keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem. Faktor keselamatan dititikberatkan oleh seseorang pengguna dalam menggunakan sesuatu sistem yang baharu seperti aplikasi e-dagang Perkara seperti inilah yang menyebabkan kebocoran data kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi e-dagang ini berlaku. Hal itu, menjadi kerisauan dan halangan utama dalam menggunakan aplikasi e-dagang.
            Di samping itu, kekurangan pengetahuan dalam penggunaan e-dagang turu menyumbang kepada cabaran dan halangan konsep berkenaan. Hal tersebut berikutan kerana tidak semua pelanggan mempunyai kemahiran dan arif berkaitan penggunaan teknologi. Dengan itu, kurangnya pengetahuan ini yang menyebabkan pelanggan membuat tanggapan bahawa peratusan kepercayaan terhadap penggunaan aplikasi e-dagang ini adalah rendah.
            Tambahan lagi, cabaran dan halangan dalam e-dagang ini juga adalah tidak wujud interaksi secara langsung. Pelanggan atau pengguna yang mahu melakukan pembelian hanya boleh memperolehi maklumat dengan pembacaan di skrin komputer dan tablet, namun bukannya interaksi secara langusng dengan penjual. Perkara yang sering berlaku dan mencabar peniaga adalah terdapat individu dan sesiapa sahaja yang boleh membina laman sesawang sendiri dan mendaftar dengan nama yang dominan. Disebabkan itu, amat sukar bagi para pembeli untuk membuat perbezaan sama ada sesuatu laman web itu sah atau palsu semata-mata.
            Cabaran dan halangan lain adalah yang mana segala maklumat yang dipaparkan juga disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Sebarang maklumat yang tercatat dan terkandung pada laman web boleh diubahsuai sewenang-wenangnya tanpa sebarang kesan ditinggalkan. Keadaan tersebut menyebabkan pihak pembekal atau peniaga mengalami kekangan dalam dunia maya. Secara realitinya, pembekal yang sememangnya melakukan perniagaan secara e-dagang ini haruslah berhati-hati bagi mengekalkan mutu perkhidmatannya.

7.0 Faktor-faktor mendorong penggunaan e-dagang
Bagi negara Malaysia, terdapat pelbagai faktor pendorong yang menyebabkan kepada penggunaan e-dagang ini. Faktor-faktor tersebut seperti pelaksanaannya yang mudah, akibat pengaruh sosial, kos, kepercayaan dan keselamatan. Pertama sekali adalah berkaitan mudah pelaksanaan konsep e-dagang ini. Hal ini dapat dilihat melalui keinginan seseorang yang berkeinginan membeli sesuatu secara ata talian. Disebabkan mudah, itu yang menjadi faktor kepada pembelian barangan oleh individu secara atas talian. Hal ini, dapat kita lihat kini, pelbagai perniagaan yang wujud secara online dilakukan melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, wechat dan aplikasi lain. Dalam pada itu, dapat melihat penggunaan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa seseorang pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang telah dieseiakan sama ada aplikasi itu mudah digunakan atau sebaliknya. Sudah pastinya, aspek tersebut mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut.
            Selain itu, berkaitan pengaruh sosial pula adalah berkaitan keinginan seseorang pengguna itu dalam menggunakan dan mencuba sesebuah aplikasi baru seperti e-dagang ini. Hal ini terbukti apabila di dalam laman sosial sekiranya seseorang penggunan telah mencuba dan berpuas hati di atas sesuatu laman seswang berkaitan jual beli barang, pengguna tersebut kebiasaannya akan menyaran rakan-rakan lain atau orang terdekat yang berminat turut mencuba dan menggunakan aplikasi yang sama.
            Kos juga menjadi antara faktor menyumbang kepada e-dagang. Dapat dilihat para pengguna seringkali membandingkan harga-harga barangan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan membelinya. Pengguna sememangnya menitikberatkan kos pembelian semasa menggunakan pembelian secara talian ini. Harga yang berpatutan kebiasaannya akan menjadi pilihan pertama termasuklah kualiti semasa membuat pembelian. Dalam aspek lain, dari segi penyediaan kewangan oleh pihak kerajaan juga berupaya mewujudkan hubungan erat antara pihak kerajaan dengan pihak swasta atau badan persendirian. Walaupun terdapat kekangan dan cabaran dari segi kos untuk pelaksanaan e-dagang ini, ia mampu diharungi dan mematangkan pihak yang terlibat kerana pelbagai manfaat diperoleh melalui sistem e-dagang ini kepada ekonomi dan sosial negara.
Di samping itu, salah satu faktor mendorong kepada penggunaan e-dagang ini ialah kepercayaan penggunaan e-dagang. Faktor ini merupakan asas dalam perniagaan atas talian. Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang ini berupaya meningkatkan tahap keyakinan pengguna bagi melakukan transaksi atau urusan pembelian berkonsepkan e-dagang ini. Berkaitan faktor kepercayaan ini, dapat kita mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang pengguna dalam menggunakan aplikasi sedia ada masa ini.
Faktor seterusnya adalah faktor keselamatan yang merupakan faktor terpenting dalam menjalankan urusan yang melibatkan urusan perpindahan transaksi seperti urusan pembelia secara atas talian. Pemeblian tersebut tidak kira sama ada secara perpindahan kredit ataupun menerusi kad kredit. Hal ini kerana penggunaan transaksi seperti ini berupaya memungkinkan berlakunya pencerobohan. Antara pencerobohan yang boleh berlaku seperti kecurian kata laluan, spam, percubaan mencerobohi data atau maklumat serta pengodaman.
Akhir sekali, faktor lain yang mendorong penggunaan e-dagang ini adalah yang mana pihak bertanggungjawab dan badan-badan NGO khususnya wajar memikirkan pendekatan dinamik dalam memastikan masyarakat boleh menerima dan menggunakan sistem e-dagang dalam urusan kerja masing-masing.  Perlu diketahui juga bahawa penerimaan terhadap sesuatu teknologi juga sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan dalam penyelesaian sesuatu kerumitan yang dihadapi selama ini. Namun demikian, berdasarkan kajian yang mana telah membuktikan bahawa penggunaan e-dagang dapat ditingkatkan pada tahap yang luar biasa sekiranya memperkembangkan sistem e-dagang secara menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat.

8.0 Penutup
Kesimpulannya, pada hari dapat dilihat kejayaan e-dagang yang mana memerlukan gabungan perkongsian di antara sektor swasta dan awam. Perkembangan e-dagang di Malaysia hari ini telah berada pada tahap yang mana meningkat dari masa ke semasa. Hal ini disebabkan usaha dan pelbagai inisiatif daripada masyarakat dan kerajaan dalam memastikan sistem e-dagang ini diimplementasikan sepenuhnya masyarakat Malaysia. Dalam pada itu, pelbagai kerangka dan pembinaan infrastruktur direncana untuk pembangunan kelak. Hal tersebut sejajar dengan pertumbuhan pesat sistem e-dagang yang telah lama digunapakai beberapa negara maju dalam membantu perkembangan ekonomi masing-masing.
Lantaran itu, pihak kerajaan telah memperuntukkan dana besar bagi memastikan kelengkapan dan keperluan berkaitan ICT lengkap dan terus memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat Malaysia terutamanya pengguna e-dagang. Dengan itu, pihak kerjaan juga telah melakukan pelbagai alternatif memastikan perkhidmatan internet yang berperanan sebagai nadi sistem e-dagang ini dapat diakses oleh seluruh masyarakat di Malaysia. Pelaksanaan berterusan oleh pihak kerajaan adalah kerana hasrat kerajaan agar sistem e-dagang ini dapat diakses secara meluas dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub pusat perkembangan ICT dan e-dagang menjelang 2020. Walau bagaimanapun, daripada segi pelaksanaan bukan hanya k atas pihak kerajaan sahaja tetapi penglibatan sektor swasta dan badan persendirian juga amat penting dalam meningkatkan keberkesanan dalam mengimplementasikan sistem e-dagang di Malaysia.


















9.0 Rujukan
Astro Awani, 25 Julai 2013. DiGi store online dinaiktaraf ke platform e-dagang. Diakses pada 28 Mei 2016 di laman web http://www.astroawani.com/berita-bisnes/digi-store-online-dinaiktaraf-ke-platform-e-dagang-19021.
Astro Awani, 9 Mei 2016. Tingkat eksport PKS melalui e-dagang. Diakses pada 28 Mei 2016 di laman web http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tingkat-eksport-pks-melalui-e-dagang-104902.
Bernama, 29 Jun 2015. Potensi E-Dagang Belum dimanfaatkan sepenuhnya- Ahmad Shabery. Diakses pada 1 Jun 2016 di laman web http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=tn&id=1148362.

Chaffey, Dave, Mayer, Richard, Johnston, Kevin, Ellis, Chadwick Fiona. (2000). Internet Marketing. London : Prentice Hall.
Chaffey, D. (2007). E-Business and E-Commerce Management, Strategy, Implementation dan Practice. London: Prentice Hall.

Colton, K. W., Kraemer, K. L., & SpringerLink (Online service). (1980). Computers and Banking: Electronic Funds Transfer Systems and Public Policy. Boston, MA: Springer US.

Hanson, W. (2000) Principles of Internet Marketing. South Western College Publishing, Cincinnati, OH.

M, Suyanto. (2003). Strategi periklanan pada e-Commerce perusahaan top dunia Suyanto. Yogjakarta: Andi.

Nadim Jahangir & Noorjahan Begum, 2007. Effect of perceived usefulness, ease of use, security and privacy on customer attitude and adaption in the context of e-banking. Journal of Management Research, 147-157.

Reynolds, J. 2004. The Complete E-commerce Book: Design, Build & Maintain a Sucessful Web-based Business. 2n edition. San Francisco: CMP Book.
Samuel, Eric, 2010. Perkembangan e-commerce, http://ericsamuel.blogspot .com/2010/06/adperkembangan-e-commerce.html.

Schneider, G. 2005. “Digital Products on the Web: Pricing Issues and Revenue Models,” 154–174. In Kehal, H. and V. Singh, eds., Digital Economy: Impacts, Influences, and Challenges.Hershey, PA: Idea Group.

Sinar Harian, 13 April 2015. Beri Tumpuan E-dagang. Diakses pada 1 Jun 2016 di laman web http://www.sinarharian.com.my/bisnes/beri-tumpuan-e-dagang-1.379096.

5 comments:

  1. en, saya minta izin untuk gunakan entri ni ye, terima kasih..

    ReplyDelete
  2. (Viral). Terbukti. Duduk Diam Dapat Duit. Peluang Pelaburan International Platform. Modal RM 4,600 Potensi Pendapatan RM 600,000

    Profit Investment USD 1,000,000 Dalam 6 Bulan. WhatsApp utk Bukti.


    Assalamualaikum,

    Channel dicipta untuk sesiapa yang berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) walaubagaimanapapun withdrawal boleh dilakukan pada bila2 masa.

    Mengapa saya sarankan Minima 3 tahun?

    Mari lihat potensi investment anda....

    >> Investment at joining USD1,000 ....
    >> Investment grow by 2 times within 6 months (USD 2,000)
    >> Investment grow by 4.65 times within 12 months (USD 4,650)
    >> Investment grow by 10.76 times within 18 months (USD 10,760)
    >> Investment grow by 24.89 times within 24 months (USD 24,890)
    >> Investment grow by 57.57 times within 30 months (USD 57,570)
    >> Investment grow by 153.15 times within 36 months (USD 153,150)

    Bayangkan....USD1000 pada bulan permulaan menjadi USD 1000 x 153.15 pada bulan 36 = USD153,150 = RM658,545

    Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform.
    Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda. Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan.

    Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama trader ini.

    Berikut adalah catatan keuntungan trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :-

    Feb 2014 : 21.35%
    Mar 2014 : 18.47%
    Apr 2014 : 18.18%
    Mei 2014 : 20.01%
    Jun 2014 : 16.38%
    Jul 2014 : 21.35%
    Aug 2014 : 19.31%
    Sept 2014 : 18.78%
    Okt 2014 : 21.19%
    Nov 2014 : 30.00%
    Dec 2014 : 25.13%

    Jan 2015 : 22.98%
    Feb 2015 : 23.53%
    Mar 2015 : 31.13%
    Apr 2015 : 29.94%
    Mei 2015 : 27.27%
    Jun 2015 : 22.53%
    Jul 2015 : 26.12%
    Aug 2015 : 19.83%
    Sept 2015 : 24.80%
    Okt 2015 : 19.79%
    Nov 2015 : 19.79%
    Dec 2015 : 14.50%

    Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details.

    Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari.

    Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun?


    Unjuran Keuntungan Modal RM 4,600 = USD 1000 (15% Profit Est Setiap Bulan)
    =======================================================

    Bulan 0 = RM 4,600.00
    Bulan 1 = RM 5,290.00
    Bulan 2 = RM 6,083.50
    Bulan 3 = RM 6,996.00
    Bulan 4 = RM 8,045.40
    .
    .
    .
    Bulan 12 = RM 24,611.20
    BULAN 13 = RM 28,302.80
    Bulan 14 = RM 32,548.20
    Bulan 24 : RM 131,675.80
    Bulan 25 : RM 151,427.20
    .
    .
    .

    ====================
    Bulan 36 : RM 612,607.40

    ====================

    Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Prodesional ini:-

    Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan mebawa pulangan sehingga RM 6 JUTA.

    Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details.

    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)

    DAFTAR PERCUMA

    IGOFX KL
    http://igofx.com/?code=357423


    Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.

    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) untuk profit 15% ke 25% Sebulan

    ReplyDelete
  3. Thank you sm for this information. really2 helped.. :)

    ReplyDelete
  4. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete
  5. Selamat datang ke Syarikat Pinjaman Rossa Stanley

    Berhubung dengan syarikat pinjaman dengan rekod pencapaian pinjaman dan senarai pemeriksa pinjaman di seluruh dunia, di syarikat pinjaman rossa stanley kestabilan kewangan anda adalah matlamat kami, kami memberikan pinjaman kepada

    1) Individu
    2) Badan bekerjasama
    3) Syarikat terhad.
    4) Pinjaman peribadi.
    5) Pinjaman pelaburan.
    6) Pinjaman Pembinaan.
    7) Pinjaman Gadai Janji.
    Hubungi kami sekarang melalui medium berikut,

    E-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com
    Pengarah Tel: +1 (914) 529-5708
    Whats-app: +1(914)529-5708
    Pengurus Operasi Tel: (+1) 2133153118
    Rasmi Instagram: rossastanleyloan
    Twitter rasmi: Rossastanlyloan
    Rasmi Facebook: Rossa Stanley Favor
    Alamat pejabat ibu pejabat: 3911 Kenwood Place, Orlando Florida USA.
    Zip-code: 32801
    Berdaftar di bawah pengawasan undang-undang perindustrian Florida,
    ATAU
    Isi borang permohonan di bawah dan kami akan menjawab anda dengan serta-merta, Kami sedia 24 jam setiap hari.

    DATA PEMOHON
    1) Nama Penuh:
    2) Tarikh lahir:
    3) Alamat:
    4) Nombor keselamatan sosial:
    5) Nombor Whats-app:
    6) Pekerjaan:
    7) Nombor Telefon:
    8) Jawatan di tempat kerja:
    9) Pendapatan Bulanan:
    10) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
    11) Tempoh Pinjaman:
    12) Nama Facebook:
    13) Status Perkahwinan:
    14) Agama:
    15) Negara:
    16) Jantina:
    17) Apa-apa Hilang Upaya
    18 Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum?, Jika ya, sebutkan nama syarikat pinjaman

    TINDAKAN,
    Mrs.Rossa Stanley Favor
    Ketua Pegawai Eksekutif ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
    E-mel rossastanleyloancompany@gmail.com

    ReplyDelete